Piramid
makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan
jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap
hari . Piramid Makanan juga digunakan
sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan
yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat
menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi
dengan baik. Pengambilan
makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh
membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.
4 Aras dalam Piramid Makanan ....Apakah ia????
ARAS 1
Aras
1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan
karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan
ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap
hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun,
biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan
kentang.
ARAS 2
Aras 2 Piramid Makanan mengandungi
makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan
di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap
hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.
ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan.
Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan
magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang
kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging
dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe,
kacang dhal dan kacang merah.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
ARAS 4
Lemak,
minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini
terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan
daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
No comments:
Post a Comment